Dalam dunia bisnes yang kian kreatif kini, usahawan dengan mentaliti usahawan desa wajib sedar bahawa prinsip yang mereka pegang perlu diubah. Mentaliti usahawan desa bukan bermaksud usahawan di kampung sahaja; usahawan di Bandar elit juga kadangkala masih berdepan dengan masalah ini.
Apakah yang dikatakan mentaliti usahawan desa?
- Redha dengan bisnes hanya untuk cukup makan sahaja
Usahawan begini selalunya hadir dengan keluhan terhadap apa yang dilakukan dalam bisnes sekadar cukup makan sahaja bak kata pepatah “Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Mentaliti sebegini tidak harus diteruskan jika usahawan ingin berjaya. Usahawan berjaya telah strategi bisnesnya untuk 5 tahun ke hadapan. - Berniaga tanpa mendaftar perniagaan atau syarikat
Ini biasanya terjadi bagi usahawan mikro contohnya penjual nasi di depan rumah, pengasuh kanak-kanak di rumah dan tukang jahit di rumah. Sebenarnya mereka ini juga termasuk dalam golongan usahawan tetapi oleh kerana kurang kesedaran, mereka menggangap ianya bukan kewajipan. - Berbisnes tanpa cari ilmu untuk kembangkan bisnes
Usahawan dan ilmu sebenarnya tidak boleh dipisahkan. Samada kita belajar secara rasmi atau pun tidak rasmi, ianya tetap suatu proses pembelajaran bagi mematangkan usahawan sendiri. Namun, tidak cukup dengan belajar secara tidak rasmi sahaja, usahawan perlu berusaha mencari ilmu bagi meningkatkan prestasi bisnes. - Bisnes tunggu pembeli datang tanpa buat pemasaran
Dalam dunia sekarang usahawan tidak boleh menunggu sahaja pembeli datang membuat belian kerana persaingan sangat tinggi. Banyak produk dan perkhidmatan yang mudah didapati di hujung jari dengan kaedah pemasaran secara online, oleh itu kita juga mestilah tahu cara pemasaran moden ini juga. Walaupun menjual pisang goreng sahaja, usahawan perlu ada di online supaya apabila pelanggan berkunjung ke tempat kita mereka akan ingat untuk mencari pisang goreng kita. - Tiada pewaris atau legasi untuk menyambung bisnes
Seharusnya setiap usahawan mesti memikirkan pewaris atau legasi yang bakal menyambung bisnes kita apabila kita sudah tiada lagi. Exit plan amat penting supaya pemilik tidak selamanya terikat dalam bisnes sendiri. Perancangan ini memerlukan ketelitian dalam membuat keputusan kerana ianya demi masa depan sesebuah syarikat. Namun pewaris bukan semestinya dari kalangan keluarga kerana mungkin dalam suatu keadaan anak pemilik sendiri bukanlah orang yang sesuai mewarisi legasi perniagaan yang dibina.
Antara solusi yang perlu diambil oleh usahawan bermentaliti usahawan desa ini adalah:
- Mencari guru dan belajar ilmu bisnes. Kita bukan pakar dalam semua perkara, oleh itu kita sentiasa perlukan orang lain menunjuk ajar kita tentang perkara lain.
- Mendaftar perniagaan samada milikan tunggal, Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) atau Syarikat Sdn Bhd supaya bisnes kita dilindungi oleh akta, pemilik juga lebih berdaya saing kerana perlu membayar cukai pendapatan.
- Belajar ilmu asas pemasaran samada offline mahupun online. Kita mungkin juga boleh mengupah konsultan pemasaran namun usahawan sendiri perlu mengambil tahu tentang ilmu ini.
- Kenali agensi-agensi kerajaan yang boleh membantu supaya kita dapat bantuan dalam mengembangkan bisnes contohnya geran pemadanan bagi pembelian mesin dan pengiklanan.
- Kekalkan motivasi yang tinggi untuk berjaya. Sudah semestinya motivasi yang tinggi mampu membantu usahawan mengubah mentaliti usahawan desa kepada usahawan moden.
Kesimpulannya jika kita sebagai usahawan tidak ingin berubah mengikut arus kemodenan, kita akan ketinggalan! Ayuh, mulakan perubahan anda hari ini!