a

Kursus Fasilitator Keusahawanan (KFK) – Kuantan, Pahang

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
26 Aug 2025 08:00:AM - 28 Aug 2025 06:00:PM
DAFTAR

JOM TINGKATKAN KEMAHIRAN FASILITATOR ANDA!

 Program latihan intensif selama 3 hari yang direka khas untuk melengkapkan Pegawai Pembangunan Usahawan (EDO) dengan kemahiran terkini dalam Fasilitasi Keusahawanan. Modul ini menggabungkan pendekatan praktikal, elemen pembangunan produk dan servis, serta kandungan baharu seperti Pemasaran, Kecerdasan Buatan (AI) dan Teknik Bimbingan Usahawan.

LEVEL
101 Permulaan

TEMPAT
Kuantan, Pahang

YURAN LATIHAN
RM850 (termasuk kos latihan, penginapan, makan dan minum)

 

OBJEKTIF PROGRAM 

  • Latihan Keusahawanan Holistik
    • Menyediakan latihan menyeluruh kepada pegawai pembangunan usahawan, merangkumi kemahiran fasilitasi, bimbingan, dan pembangunan keusahawanan terkini.
  • Melahirkan Fasilitator Berkemahiran Tinggi
    • Membentuk fasilitator yang kompeten, yakin dan mampu membimbing usahawan dalam pelbagai aspek perniagaan dengan pendekatan yang lebih tersusun dan berfokus.

 

APA YANG ANDA DAPAT PELAJARI?

Kandungan KFK disusun secara komprehensif melalui modul-modul berikut sepanjang tempoh tiga hari:

  • Pendekatan Praktikal 
    • Latihan simulasi, kajian kes sebenar dan aktiviti interaktif yang membantu peserta mengaplikasikan ilmu secara terus.
  • Pembangunan Produk & Perkhidmatan 
    • Strategi mengenal pasti potensi, menambah nilai serta menyesuaikan penawaran produk/perkhidmatan mengikut kehendak pasaran.
  • Strategi Pemasaran Moden
    • Pendedahan kepada teknik pemasaran terkini, termasuk elemen pemasaran digital dan pengurusan jenama yang relevan dengan usahawan masa kini.
  • Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) 
    • Pengenalan kepada penggunaan teknologi AI untuk meningkatkan kecekapan pengurusan dan operasi dalam perniagaan.
  • Teknik Bimbingan Usahawan
    • Kaedah coaching dan mentoring yang sistematik untuk menyokong pertumbuhan dan pembangunan berterusan usahawan.

 

SIAPA PERLU HADIR?

  •  Terbuka kepada semua agensi dan peserta awam yang ingin meningkatkan keberkesanan peranan mereka dalam membimbing usahawan secara holistik dan berimpak tinggi.

 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my  

 


 

TERMA DAN SYARAT

  • Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
  • Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
  • Bayaran pendaftaran (RM850) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
  • Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
  • INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
  • INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan
  • Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian.

Organizer

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)

Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)
26 Aug 2025 08:00:AM - 28 Aug 2025 06:00:PM
RM850
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?
This error message is only visible to WordPress admins
There has been a problem with your Instagram Feed.

Kursus Asas Keusahawanan (KAK)

Khas untu
...

Kursus Asas Keusahawanan (KAK)

Khas untu
...

INSKEN ingin memperkenalkan satu lagi industri bah ...

Macam mana nak jaga pelanggan? Ini antara yang kor ...

Kursus Asas Keusahawanan (KAK) adalah program 2 ha ...

Insken Facebook Messenger

Facebook