Memberi latihan secara teori & teknikal (‘step-by-step’) kepada bakal usahawan terhadap proses pembangunan produk/servis baru atau penambahbaikan produk/servis.
LEVEL |
TEMPAT Bintulu, Sarawak |
TENTANG PROGRAM
- Pengenalan 6 Komponen Penting Pembangunan Produk & Servis
- Merangkumi Kajian Pasaran, Validasi Pasaran, Prototaip, Pengeluaran, Pengkomersilan & Kitar Hayat Produk
- Perkongsian Tips & Teknik Perancangan Pembangunan Produk Yang Betul
- Tips untuk merancang, membangun dan mengembangkan produk atau servis termasuk teknik pengiraan kos dan penetapan harga
- Templat dan Penyediaan Kanvas Asas Pembangunan Produk & Servis
- Pelajari cara yang tepat menghasilkan Kanvas Asas Pembangunan Produk & Servis dan seterusnya mempunyai keyakinan untuk membangunkan produk atau servis
- Yuran termasuk kos latihan, PERCUMA t-shirt INSKEN, penginapan, makanan dan minuman di sepanjang program.
APA YANG ANDA DAPAT PELAJARI?
Setiap peserta berpeluang melengkapkan kanvas pembangunan produk / servis secara individu mengikut 6 komponen penting dalam pembangunan produk & servis seperti berikut:
- Kajian Pasaran
- Validasi Pasaran
- Prototaip
- Pengeluaran
- Pengkomersilan
- Kitar Hayat Produk
SIAPA PERLU HADIR?
- Bakal usahawan yang belum mempunyai produk / servis
- Usahawan yang telah mempunyai produk / servis sedia ada untuk sasaran pasaran baharu
- Usahawan yang ingin membangunkan produk variasi baharu untuk sasaran pasaran sedia ada
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh emel kami di insken@insken.gov.my
Analisa saya upgrade daripada segi produk lebih stylis dan exclusive. Lepastu idea dan solusi kita dapat daripada kelas ni, kami cuba target dengan kuantiti pula, Alhamdulillah teori menjadi. Alhamdulillah ada job yang exclusive ni, lagi laju sale.
Mohd Wahidin Bin Abdul Rahman
Peserta Kursus Asas Pembangunan Produk & Servis 2023
Perniagaan Perkhidmatan Kanopi / Event Planner | Pasir Gudang, Johor
Saya letakkanpakejuntuk 3 kali rawatan merangkumi hari pertama urutan saraf untuk lembutkan saraf dan lancarkan darah, hari kedua pembetulan tulang dan urutan terapi, hari ketiga urutan saraf, terapi, dan herba-herba yang sesuai untuk saraf. Sebelum ini saya tidak buat pakej jadi satu kali sahaja pelanggan urut. Bila buat pakej dapat 3 kali rawatan.
Zaid Bin Che Halim
Peserta Kursus Asas Pembangunan Produk & Servis 2023
Perniagaan Perkhidmatan Urutan | Pekan, Pahang
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
- Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
- Bayaran pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)