Tidak sekadar mencari alternatif permiagaan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebaliknya Zainol Lat tekad menceburkan diri dalam bidang lantai termasuk servis pemasangan selepas melihat pemain industri dalam sektor in agak terbatas. Usahawan berusia 46 tahun ini berkata keputusan menjalankan perniagaan itu dibuat selepas bisnes percetakan dan cenderahati yang dijalankan sejak 2009 terjejas akibat PKP.
“Sebelum itu saya bekerja di sebuah firma pengiklanan dan sekarang ini saya meneroka bidang baru iaitu perniagaan lantai dan servis pemasangannya. Bisnes ini baru dibuat pada PKP pertama dan idea tercetus sebab industri ini hanya dipelopori oleh satu kelompok sahaja.” katanya. Jelasnya, dua lantai yang dijual termasuk servis pemasangan ialah jenis Stone Plastic Composite (SPC) dan Vinyl Homogeneous. “Lantai SPC adalah inovasi lantai baharu yang menjadi pilihan ramai hari ini. SPC antara lantai terbaik dan terkini selepas laminate, vinyl dan parquer.
“Manakala lantai homogeneous ialah lantai jenis yang dipasang di hospital dan kawasan pejabat,” katanya. Bercerita lanjut, Zainol berkata, sebelum beliau berdepan cabaran mempromosikan perniagaannya walaupun sudah mengiklankan di Facebook. Beliau akui tidak mempunyai asas dan kaedah pengiklanan yang betul di media sosial. Berikutan itu, Zainol mendaftarkan diri dalam kursus anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) selepas menerima maklumat daripada isterinya sendiri.
Kebetulan orang rumah saya bekerja di Perbadanan Harta Intelek Malavsia (MIPO) dan dia selalu berurusan dengan banyak agensi termasuk INSKEN. Jadi dia cadangkan untuk saya tanya INSKEN berkaitan kursus yang boleh membantu dalam perniagaan. Jadi selepas hubungi INSKEN, saya memilih untuk masuk kelas Online Onboarding Coaching Programme (E-Board) yang memfokuskan kepada Facebook dengan yuran hanya RM 100,kata bapa kepada empat anak itu.
Menurut Zainol, kaedah pembelajaran di INSKEN sangat mudah difahami kerana setiap peserta akan dibimbing langkah demi langkah. “INSKEN ajar satu demi satu. Daripada tiada halaman Facebook kepada ada dan hinggalah sampai ada yang WhatsApp kita. Jika kita ada produk A, tak semestinya kita hanya boleh jual produk A tetapi kita boleh promo juga produk B dan C menggunakan platiorm sama, katanya. Hasil ikuti kursus itu, bisnes lantai mula mendapat perhatian khususnya bagi warganet setelah berjaya menguasai teknik pemasaran di Facebook.
Menurutnya, kebanyakan pelanggan yang membuat tempahan mendapat info perniagaannya daripada halaman Facebook. Dari kosong ilmu pengetahuan, saya dibimbing cara iklankan produk di Facebook. Contoh dari 30 yang bertanya, insya-Allah seorang atau dua akan close sale. Itu pun dah cukup. Alhamdulillah, dah banyak tempat kami pasang lantai ikut kehendak pelanggan. “Kebanyakan pelanggan ialah syarikat dan mereka yang tinggal di rumah persendirian di taman dan juga banglo, kata bekas penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam bidang Sarjana Muda Komunikasi Massa itu.
Kata anak ketiga daripada lima beradik tersebut, ilmu INSKEN itu turut dipraktikkan bagi bisnes percetakan dan cenderamata yang sebelum ini telah mati bagaikan hidup semula. Pendapatan selepas PKP nak kata memberangsangkan sepenuhnya itu tak juga, setidak-tidaknya saya boleh selesaikan komitmen bulanan katanya yang menjalankan bisnes dari rumah kecuali percetakan.