Image Alt

ELAK LAMBAKAN – SOLIHIN GUNA CARA FERTIGASI MULTI – CROP

  /  ELAK LAMBAKAN – SOLIHIN GUNA CARA FERTIGASI MULTI – CROP

Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak, demikian peribahasa tepat boleh digambarkan buat seorang pemuda yang mengusahakan bidang pertanian fertigasi secara multi-crop. Tidak fokus hanya tanaman cili, Muhammad Solihin Zahari, 30, dari Kampung Sungai Lintang Yan, Kedah dalam masa sama turut mengusahakan timun, terung peria dan rock melon di atas sebidang tanah seluas 4.5 ekar di Kampung Teroi Bukit.
“Saya ceburi bidang pertanian mulai Januari 2018 dan pada musim pertama saya mengalami kerugian tetapi Alhamdulillah pada musim kedua dan seterusnya tanam-tanaman telah mengeluarkan hasil yang banyak.” katanya yang menggenggam pendapatan lima angka setiap kali hasil dipasarkan.

 

 

Berkongsi kelebihan tanaman multi-crop, Solihin berkata, teknik tanaman itu dapat mengelakkan lambakan hasil di samping memastikan bekalan pertanian tidak terputus. “Sebagai contoh, cili mengeluarkan hasil dalam tempoh dua bulan setengah, timun pula dalam sebulan sudah boleh dituai. Selepas timun habis dikutip dan ingin ditanam semula, ketika itu cili pula hanya setengah bulan saja lagi untuk keluarkan hasil. “Jadi sementara kita tunggu hasil timun, hasil cili sudah boleh dikutip.

Apabila pengeluaran cili sudah mulai perlahan, hasil timun boleh dikutip semula. Selain itu kita juga tidak ada masalah lambakan hasil disebabkan jumlah hasil yang sedikit untuk satu-satu jenis tanaman. Jadi senang nak jual hasil tanaman,” kata bekas penuntut dalam Jurusan Kejuruteraan Mekatronik kerjasama Universiti Malaysia Pahang dan
Karlsruhe University Of Applied Science, Jerman.

 


Solihin berkata, untuk sasaran minimum bagi dua kilogram berharga RM16 di pasaran, pendapatan yang diraih petani bagi 1,000 polibeg ialah sebanyak RM16,000 dan ia bonus sekiranya setiap polibeg mengeluarkan hasil lebih daripada itu. “Bagi timun pula walaupun harganya rendah iaitu RM1.00 hingga RM2.50 sekilogram, tetapi pokoknya boleh mengeluarkan hasil sebanyak tujuh hingga berbelas-belas kilogram untuk satu polibeg. Jadi keuntungannya lebih kurang sama,” katanya.

Kongsi anak jati Kedah itu, bidang pertanian bukan sahaja memberi kebebasan masa tetapi mengelak seseorang itu dihimpit hutang kerana keuntungan yang diperoleh boleh digunakan untuk membeli jentera atau mesin secara tunai. Dalam pada itu, Solihin berkata, mulai Julai tahun lalu beliau mengikuti Agri-Coaching And Industry Development Programme (ACID) anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). “Sebelum ini saya kurang dari segi pemasaran kerana tiada pendedahan dan hanya fokus kepada pemasaran setempat. Tetapi selepas bersama INSKEN,saya didedahkan dengan pelbagai teknik pemasaran sama ada offline atau online.

 


“Saya juga diajar kaedah menjaga cash flow secara lebih sistematik dan kaedah menguruskan perniagaan,” katanya yang mempunyai dua rakan kongsi iaitu Radin Sharopi Radin Yahya Alem Sah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Radin Mohd Shaugi Radin Yahya Alem Sah yang berkelulusan Diploma Agroteknologi. Menurutnya, INSKEN turut membantu menguruskan tanaman baru selepas ia musnah dalam tragedi aliran puing Gunung Jerai pada Ogos tahun lepas.


“Dua tahun berturut-turut tanaman saya terjejas akibat kepala air Gunung Jerai iaitu pada tahun 2020 dan 2021 sebab ladang betul-betul di bawah Gunung Jerai. Tahun lepas saya rugi RM40,000 dan tahun sebelum itu pun banyak yang rugi.  “Alhamdulillah INSKEN datang bantu. Jadi kita boleh bangkit dengan senang sedikit, tidaklah teruk sangat kena bawa semua duit sendiri. INSKEN turut bantu tambah infra pertanian iaitu dengan menaiktaraf sistem fertigasi atas tanah kepada fertigasi gantung hampir keseluruhan keluasan kebun,” katanya.


Menitipkan nasihat buat semua, Solihin berkata, jangan cepat putus asa sekiranya kita memasuki dalam dunia pertanian kerana bidang tersebut mempunyai masa depan dan relevan setiap zaman. “Untuk ke depan nanti, saya nak jadi pengumpul hasil-hasil tanaman setempat bagi dipasarkan lebih meluas, secara tak langsung ia membantu para petani di tempat sendiri.” katanya yang berhajat membuka lebih banyak ladang. 

 

3 Ya, amat menarik dan berguna
Tidak, ia kurang
×
Adakah anda telah hadiri kelas Dropship 101?

Kursus Asas Keusahawanan (KAK)

Khas untuk usahawan-usahawan yang ingin menceburkan diri dalam alam perniagaan atau yang memerlukan Refresher Course, dapatkan gambaran awal mengenai bisnes bersama kami di INSKEN!

Program ini akan membantu anda menguasai perkara asas di dalam bidang keusahawanan melalui lapan modul utama yang akan memberi manfaat kepada bisnes anda. Ilmu yang akan diperolehi boleh membantu anda memulakan bisnes dengan betul dan meneruskan kelangsungan bisnes anda.

KAK akan diadakan di beberapa lokasi seperti berikut:

Kuala Terengganu
Tarikh: 17-18 Jun 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2306

2. Melaka
Tarikh: 22-23 Julai 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2307

3. Kota Penampang, Sabah
Tarikh: 29-30 Julai 2023
Pendaftaran:www.rebrand.ly/KAK_2308

#inskenofficial
#jomjoininsken
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Kursus Asas Keusahawanan (KAK)

Khas untuk usahawan-usahawan yang ingin menceburkan diri dalam alam perniagaan atau yang memerlukan Refresher Course, dapatkan gambaran awal mengenai bisnes bersama kami di INSKEN!

Program ini akan membantu anda menguasai perkara asas di dalam bidang keusahawanan melalui lapan modul utama yang akan memberi manfaat kepada bisnes anda. Ilmu yang akan diperolehi boleh membantu anda memulakan bisnes dengan betul dan meneruskan kelangsungan bisnes anda.

KAK akan diadakan di beberapa lokasi seperti berikut:

Kuala Terengganu
Tarikh: 17-18 Jun 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2306

2. Melaka
Tarikh: 22-23 Julai 2023
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2307

3. Kota Penampang, Sabah
Tarikh: 29-30 Julai 2023
Pendaftaran:www.rebrand.ly/KAK_2308

#inskenofficial
#jomjoininsken
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

INSKEN ingin memperkenalkan satu lagi industri baharu yang ditawarkan untuk Program IBBC iaitu Kraf & Hiasan.

Anda sedang menjalankan perniagaan tembikar, anyaman, tenunan, batik, ukiran, tekat atau apa sahaja yang berkaitan dengan kraf dan hiasan andalah yang kami cari!

Industry Coach akan memberikan bimbingan kepada anda selama 4 bulan untuk meningkatkan hasil jualan minima 20%

Program IBBC Kraf & Hiasan akan bermula pada 10 Julai 2023. Jika anda berminat, daftar segera di www.rebrand.ly/INSKEN_IBBC

#JomJoinINSKEN
#inskenofficial
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Macam mana nak jaga pelanggan? Ini antara yang korang kena buat:

1. Melaksanakan sistem automasi untuk aktiviti pemasaran
2. Merancang pelan Komunikasi pelanggan
3. Memanfaatkan 3 alat database
4. Menggunakan teknik asas database marketing

Kalau tak tahu nak buat semua ni, jom sertai Program Pengurusan Pelanggan Untuk Perniagaan Kecil yang akan diadakan pada:

Tarikh: 6-7 Jun 2023
Tempat: Ancasa Hotel, Kuala Lumpur
Pendaftaran: www.rebrand.ly/CRM_2301

#inskenofficial
#jomjoininsken
#inskenprihatin
#keluargausahawan
...

Kursus Asas Keusahawanan (KAK) adalah program 2 hari direka khas untuk usahawan-usahawan yang ingin menceburkan diri dalam alam perniagaan atau yang memerlukan Refresher Course.

Apa yang dapat dipelajari dari program ini?

☑️ Ketahui kepentingan pendaftaran bisnes dan hala tuju bisnes yang jelas
☑️ Pengurusan Organisasi Bisnes dan Pelan Tindakan yang efektif
☑️ Pelajari Tips Bina Jenama melalui teknik pemasaran yang berkesan
☑️ Mendalami serta menguasai produk atau servis melalui SWOT Analysis
☑️ Mengurus simpan kira bisnes dan mengenalpasti untung rugi bisnes anda

Yuran pendaftaran hanya RM300 termasuk penginapan dan makan minum perserta.

Tidak lupa juga PERCUMA buku panduan asas usahawan INSKEN (PadU). Pada yang berminat, boleh mendaftar di:

Kursus Asas Keusahawanan (KAK)
Tarikh: 17-18 Jun 2023
Tempat: Kuala Terengganu
Pendaftaran: www.rebrand.ly/KAK_2306

Daftar segera kerana tempat adalah terhad!

#inskenofficial
#inskenprihatin
#keluargausahawan
#jomjoininsken
...

This error message is only visible to WordPress admins
There has been a problem with your Instagram Feed.
@inskenofficial
Insken Facebook Messenger

Facebook