Akta Pekerjaan 1955 melindungi kedua-dua pekerja dan majikan. Penting untuk kedua-dua pihak memahami dan mematuhinya. Bagi majikan, terdapat kewajipan undang-undang untuk memastikan pekerja dilindungi dengan baik. Bagi pekerja pula terdapat kewajipan undang-undang untuk mematuhi akta.
Program ini mengajar usahawan tentang isu dan masalah utama yang biasa dihadapi oleh usahawan berkaitan dengan Akta Pekerjaan. Sebagai contoh, kos upah pekerja, Caruman KWSP & SOCSO, Salah Laku dan Pelanggaran Kontrak, Prosedur dan Borang Tatatertib. Ia membolehkan mereka melaksanakan proses dan prosedur yang betul supaya mereka tidak dikenakan denda yang berlebihan kerana tidak mematuhi Akta Pekerjaan.
PESERTA DAPAT MEMPELAJARI:
-
Memahami Akta Pekerjaan 1955 & Peraturan dalam istilah yang lebih mudah, dan bagaimana ia berkait dengan PKS.
-
Mengaplikasikan pemahaman undang-undang yang telah mereka perolehi dalam persekitaran kerja
-
Kenal pasti dengan tepat kewajipan majikan di bawah undang-undang ini.
LEVEL |
TEMPAT Johor Bahru |
YURAN LATIHAN |
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
- Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal MyINSKEN
- Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
- Bayaran pendaftaran (RM250) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)