Jom belajar teknik yang lebih mendalam untuk tackle pelanggan dalam platform Shopee. Dengar sendiri daripada pegawai Shopee untuk mengetahui peluang pemasaran terkini Shopee dalam membantu anda membuat persediaan untuk menyambut bulan Ramadan & Hari Raya yang akan tiba tidak lama lagi!
PESERTA DAPAT MEMPELAJARI:
- Guideline untuk membuat Shopee Ads
- Mengenal pasti objektif perniagaan anda di platform Shopee
- Cara menguruskan dan menentukan bajet & jangka masa iklan
LEVEL |
KELAS FIZIKAL Royal Chulan, Damansara |
YURAN LATIHAN RM100 |
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 30 orang sahaja
- Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal MyINSKEN
- Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
- Bayaran pendaftaran (RM100) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)