Program ini adalah bertujuan untuk mendidik dan memberikan inspirasi kepada para usahawan di Malaysia yang terlibat dalam perniagaan berskala mikro dan kecil khususnya dalam menyemai penghayatan terhadap seni fotografi.
Program ini berupaya menggalakkan para usahawan untuk menghasilkan gambar produk atau perkhidmatan yang berkualiti tinggi dalam menyampaikan maklumat tentang perniagaan mereka kepada para pelanggan dengan cara yang berkesan.
Bagi mereka yang baru berkecimpung dalam bidang perniagaan atau mereka yang sentiasa memerlukan perkhidmatan fotografi produk dan perkhidmatan, mengupah jurugambar profesional selalunya akan menelan belanja yang besar. Maka dengan program sebegini, usahawan berpeluang untuk mempelajari seni fotografi dan mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam menghasilkan gambar produk dan perkhidmatan mereka sendiri. Tanpa gambar-gambar yang relevan dalam perniagaan online, para usahawan akan jauh ketinggalan dan amat sukar untuk bersaing.
PESERTA DAPAT MEMPELAJARI:
- Menghasilkan template untuk menghasilkan poster pemasaran
- Menghasilkan poster dengan gambar berkuali tinggi dan komposisi yang bersesuaian untuk katalog, laman web, blog dan laman media sosial yang lain
- Mengenal pasti sasaran pelanggan dan boleh menghasilkan imej dan juga kandungan yang sesuai dengan sasaran pelanggan
- Menghasilkan gambar menarik yang mampu mempengaruhi peningkatan jualan
- Lebih peka terhadap kemaskini sosial media dan mula menghasilkan gambar yang berkualiti
LEVEL |
MOD KELAS Kelas Melalui Google Meet |
YURAN LATIHAN |
TERMA DAN SYARAT
- Program adalah terhad kepada 50 orang sahaja
- Pendaftaran dan pembayaran program hanya boleh dibuat melalui portal MyINSKEN
- Pendaftaran tanpa bayaran tidak akan dikira
- Bayaran pendaftaran (RM100) tidak akan dikembalikan sekiranya peserta gagal untuk menghadiri program
- Sebarang penukaran program melalui bayaran yang telah dibuat untuk program lain adalah tidak dibenarkan
- INSKEN berhak menukar sebarang maklumat program tanpa perlu memaklumkan kepada individu yang sudah atau yang belum berdaftar terlebih dahulu
- INSKEN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan, melainkan yang telah dinyatakan seperti di atas
- Kami boleh menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat tentang program, surat berita, borang tinjauan, soal selidik pelanggan atau apa-apa maklumat yang dirasakan berkenaan dengan anda, oleh INSKEN atau pihak ketiga yang diberi kuasa oleh INSKEN, melalui WhatsApp, SMS, pos atau e-mel melainkan anda telah menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima bahan sedemikian
Organizer
Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN)