๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Sebagai kesinambungan kepada agenda strategik INSKEN pada tahun 2026, usaha memperkukuh ekosistem keusahawanan negara diteruskan melalui siri pertemuan dan libat urus bersama rakan strategik merentasi pelbagai sektor, industri dan agensi.
Sepanjang tempoh ini, INSKEN telah mengadakan perbincangan dan sesi libat urus bersama Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Yayasan Lembaga Angkatan Tentera (YLTAT), Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS), MARDI Corporation, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Cradle Fund Sdn. Bhd., PERHEBAT, Medical Device Authority Malaysia (MDA), UEM Edgenta, Leave a Nest, Halal International Selangor (HIS), Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED) UiTM Shah Alam, MYNIC, Affin Islamic Bank, TikTok, Permodalan Nasional Berhad (PNB), JAPERUN Bandar Merlimau serta penglibatan INSKEN di peringkat antarabangsa melalui Government Council for Social Innovation (GCSI).
Libat urus strategik ini merangkumi pelbagai fokus utama termasuk pembangunan kapasiti usahawan, latihan dan bimbingan berstruktur, kesiapsiagaan perniagaan, akses pembiayaan dan sokongan kewangan, pembangunan modal insan, pensijilan profesional, transformasi digital, pembangunan sektor pertanian dan agro-makanan, industri halal, inovasi dan teknologi, serta peluasan sokongan pasca-program.
Antara kumpulan sasaran yang diberi perhatian termasuk penjawat awam pra-persaraan, veteran ATM, usahawan komuniti, usahawan mikro dan kecil, vendor dan peniaga, startup, usahawan berasaskan inovasi dan teknologi, usahawan peranti perubatan, usahawan sektor pertanian serta komuniti sasaran di bawah inisiatif pembangunan sosial dan inklusif.
Pendekatan kolaboratif ini memperkukuh peranan INSKEN sebagai rakan ekosistem yang menyeluruh, bukan sahaja dalam penyediaan latihan dan bimbingan keusahawanan, tetapi juga dalam menyelaras sokongan merentas agensi, industri dan rakan strategik demi pembangunan keusahawanan negara yang mampan.
INSKEN akan terus menyusur langkah ke hadapan bersama rakan ekosistem strategik dalam memperkukuh keupayaan usahawan serta menyokong pertumbuhan mereka secara inklusif, mampan dan berterusan.
๐ฑ๐๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข๐ฅ๐ฆ๐ฎ
๐๐จ๐ฆ ๐๐จ๐ข๐ง ๐๐๐๐๐๐
#JomJoinINSKEN #INSKENofficial #GengINSKEN #HebatkanPerniagaanMalaysia #MakeMalaysianBusinessesGreat
... See MoreSee Less