alt
Bagi Pengguna

qrkodKlik untuk Bantuan Kod QR
Size Tulisan Kecilkan Teks Besarkan Teks
Skema Color image image image image
Warna Latarbelakang bg_blue bg_grey bg_red
Set Semula set semula
Dengar Teks Teks Warna Merah
Bahasa Malaysia  |  English  |  Bahasa Lain
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Bantuan | Pautan | Peta Laman
 
     
 

SOALAN LAZIM

 

1. Apakah latihan-latihan keusahawanan yang ditawarkan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)?

INSKEN menganjurkan tiga jenis latihan iaitu:

  • Latihan Pengenalan Keusahawanan;
  • Latihan Berpakej dan latihan-latihan jangka pendek;
  • Latihan Peningkatan Keusahawanan.

2. Apakah jenis-jenis Latihan Pengenalan Keusahawanan?

  • Latihan Asas Perniagaan
  • Skim Latihan Galakan Perniagaan Bagi Kakitangan Kerajaan;
  • Latihan Asas Keusahawanan Skim Usahawan Siswazah;
  • Latihan Pewujudan Usahawan.

3. Bagaimana caranya untuk mengikuti Latihan Asas Perniagaan ?

Latihan ini penyertaannya terbuka kepada semua bumiputera Malaysia termasuk anggota perkhidmatan Kerajaan dan agensi-agensinya. Latihan diadakan sepenuh masa selama 4 hari dan 3 malam. Tujuan latihan ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan peserta berkaitan dengan keusahawanan, memupuk budaya keusahawanan di kalangan anggota perkhidmatan Kerajaan dan orang ramai dan bagi membolehkan peserta membuat penilaian sendiri ke atas sifat-sifat yang dimiliki sama ada telah bersedia untuk menceburkan diri dalam perniagaan. Setiap seorang peserta dikenakan bayaran sebanyak RM100.00 (menggunakan Wang Pos Atau Kiriman Wang Pos sahaja) yang meliputi pembiayaan penginapan, makan dan minum, dan nota. Permohonan online boleh dibuat melalui laman web www.insken.gov.my.

4. Bagaimana caranya untuk mengikuti Skim Latihan Galakan Perniagaan (LGP) bagi kakitangan Kerajaan ?

Bagi Kakitangan Kerajaan, ia telah diperkenalkan sejak tahun 1986. Latihan dijalankan sepenuh masa selama dua (2) bulan. Kakitangan Kerajaan dalam Kumpulan Sokongan (Kumpulan B, C & D) layak memohon dan hendaklah mendapat sokongan dan diperakui oleh Ketua Jabatan masing-masing bagi membolehkan dipertimbangkan Cuti Belajar Bergaji Penuh yang diputuskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Peserta adalah disyaratkan telah mengikuti Latihan Asas Perniagaan terlebih dahulu sebelum dapat dipertimbangkan ke latihan SLGPKK. Semua perbelanjaan akan ditanggung oleh Kementerian atau Jabatan berkenaan.

5. Apakah syarat-syarat bagi mengikuti Skim LGP?

  • Bumiputera;
  • Berada dalam Kumpulan Sokongan (Kumpulan B, C & D) dalam Perkhidmatan-perkhidmatan Persekutuan, Negeri dan Badan-badan Berkanun;
  • Telah disahkan dalam perkhidmatan;
  • Mempunyai harta dan wang sendiri untuk dijadikan modal;
  • Bagi kakitangan yang akan bersara pilihan, tarikh persaraan hendaklah selepas kursus bermula tetapi tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh tamat kursus
  • Bagi kakitangan yang akan bersara wajib tarikh persaraan hendaklah selepas kursus bermula tetapi tidak melebihi lapan (8) bulan dari tarikh tamat kursus;
  • Bagi kakitangan yang lain, mereka hendaklah memberi notis meletakkan jawatan sebelum menjalani latihan. Tarikh kuat kuasa perletakan jawatan bermula dari tarikh akhir kursus ini; dan
  • Telah mengikuti Latihan Asas Perniagaan anjuran Kementerian ini.

Halaman-halaman: 1  2  3