alt
Bagi Pengguna

qrkodKlik untuk Bantuan Kod QR
Size Tulisan Kecilkan Teks Besarkan Teks
Skema Color image image image image
Warna Latarbelakang bg_blue bg_grey bg_red
Set Semula set semula
Dengar Teks Teks Warna Merah
Bahasa Malaysia  |  English  |  Bahasa Lain
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Bantuan | Pautan | Peta Laman
 
     
 

Hala Tuju ini telah dilancarkan oleh Dato’Sri Mohd Najib Tun Razak pada November 2011. Di dalam pelancaran ini kerajaan telah memberi insentif kepada individu Bumiputera yang berkebolehan dan berkepakaran iaitu Program Insentif Berbentuk Ekuiti (Sweat Equity).

Dengan adanya langkah ini syarikat tersebut akan terus diterajui dengan baik dan dapat menyumbang kepada peningkatan pemilikan ekuiti bumiputera dan membangunkan usahawan korporat Bumiputera.

Untuk makluman, penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) adalah untuk menerajui, memacu serta menyelaras agenda Bumiputera di dalam ekonomi, agar jurang ekonomi yang wujud diantara Bumiputera dengan kaum lain, dapat dirapatkan.

TERAJU akan menstrukturkan komponen penting dalam usaha mentranformasikan ekonomi Bumiputera dengan program menangani keperluan modal insan berkualiti di dalam sesuatu industri. Objektif tersebut perlu dicapai dengan penyesuaian insitif pelakasanaan kepada sektor tertentu seperti kekuatan, cabaran dan instrumen yang memberi impak kepada Bumiputera di dalam setiap sektor.

Hala Tuju ini juga menuntut usahawan Bumiputera menjadi lebih kreatif serta sentiasa melakukan perubahan, penambahbaikan, penciptaan dan penemuan baru untuk tampil kelainan.

Sumber : http://teraju.gov.my/pdf/TERAJU_PMspeech_BM.pdf